Tips : Teknik mengingat dengan lebih cepat
20 April 2011 @ 3:23 AM
0 comment(s)
Tips : Teknik mengingat dengan lebih cepat
Kita sering berkata,
'Woo, susahlah nak hafal quran neh.'
'Apa ni, aku hafal sampai 50 kali tak ingat-ingat.'
Sebenarnya ada teknik untuk kita mengingat dengan lebih cepat. Kita boleh gunakan rajah, carta dan gambar-gambar untuk membantu ingatan atau boleh gunakan kaedah SQ 3R ( Survey, Question, Read, Recall and Review )
Survey
Membuat gambaran awal dengan membaca perenggan pertama dan perenggan akhir
Question
Soal diri sendiri apa yang difahami dari pembacaan.
Read
Membaca dengan aktif iaitu cuba memahami isi, menyoal dan membincangkan dan merumus.
Recall
Mengingati dan menerangkan dengan perkataan sendiri apa yang difahami dari pembacaan
Review
Membaca sekali lagi untuk mempastikan pemahaman dan ingatan.
Insyaallah, kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan menjadi ^^ .